Jumaat, 19 Disember 2014

Selamat Mengerjakan Ibadah Umrah

 

Jemputan ke Majlis Doa Selamat Pengerusi JKKKP

IMG-20141217-WA0030

Doa Khusus untuk Pengerusi dan Isteri yang akan berangkat ke Mekah pada 20hb Disember 2014 untuk mengerjakan Umrah.

Ya Allah selamatkan Tok Ketua,isteri dan rombongan beliau yang akan mengunjungi Baitullah untuk mengerjakan Umrah.

Ya Allah! Kami memohon supaya dimudahkan perjalanan mereka dan kurniakanlah mereka disepanjang perjalanan ini keselamatan tubuh badan, agama dan harta benda. Sampaikanlah maksud mereka mengerjakan umrah dan mengunjungi Maqam Nabi Muhammad s.a.w.

Ya Allah, Wahai Tuhan Kami! Lapangkanlah dada mereka, tutupilah keburukan mereka, ampunkanlah dosa kami dan dosa mereka, tenteramkanlah hati mereka dari ketakutan, sempurnakanlah amalan- amalan mereka dengan kebajikan, terimalah segala tempat-tempat ziarah mereka dan kembalikanlah mereka kepada keluarga mereka didalam keadaan selamat dan sejahtera, tidak kecewa dan tidak mendapat bala bencana.

Ya Allah! Engkaulah yang menjaga mereka didalam perjalanan dan Engkaulah juga yang menjaga ahli- ahli keluarga mereka serta harta benda mereka sepeninggalan mereka menyahut panggilanMu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah! Jadikan umrah mereka umrah yang diterima (iaitu umrah Mabrur), usaha yang dipuji, dosa yang diampun, amal soleh yang makbul dan berdagangan yang tidak rugi.

Aamiin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JKKKP Kampung Bukit Sungai Puteh tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui ruang komen ini.Ia adalah pandangan peribadi penulis komen dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.