Sekapur Sireh


KATA KATA ALUAN DARI PENGERUSI JKKKP




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

                 SELAMAT DATANG KE LAMAN SESAWANG 
                             JKKKP KG BKT SG PUTEH.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah Subahana Wa Ta’ala kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kita mewujudkan Laman Blog JKKKP Kampung Bukit Sungai Puteh ini. 

Walaubagaimanapun sukar untuk kita mewujudkan Blog kampung ini jika tidak dengan kerjasama semua pihak terutama pihak ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus untuk mendapatkan maklumat yang amat diperlukan bagi menyiapkannya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli jawatankuasa yang tidak pernah mengenal penat dan lelah untuk memastikan kesempurnaan bagi setiap ruang Blog ini. Sebetulnya bak kata pepatah “Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”. “Bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat”.

Semoga dengan wujudnya Blog Kampung ini kita sama-sama mendapat manfaat darinya. 

Sekian.
Wassallam. 














HAJI MOHD ISA BIN MOHD SAIDI
Pengerusi
JKKKP Kampung Bukt Sungai Puteh,
Ampang,
Selangor D.E.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JKKKP Kampung Bukit Sungai Puteh tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui ruang komen ini.Ia adalah pandangan peribadi penulis komen dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.