Jumaat, 21 April 2017

Presentation di INFRA sempenan Pertandingan "Anugerah Desa Perdana 2017" Peringkat Daerah Ulu Langat.

Tahniah kepada Pengerusi, Setiausaha dan Barisan Ajk JKKKP kerana berjaya membawa Kampung Bukit Sungai Puteh meraih Naib Johan dalam Pertandingan ini.

Khamis, 20 April 2017

JEMPUTAN KE INFRA BANGI UNTUK MENYAKSIKAN SESI PENILAIAN PERTANDINGAN DESA PERDANA 2017

Assalam.

Adalah dimaklumkan dan di ingat sekali lagi bahawa kampung kita telah terpileh menyertai Pertandingan Anugerah Desa Perdana 2017  yang mana Penilaian akan di buat di Infra Bangi pada hari kamis 20.04.2017 jam 2.00 petang.

JKKKP menyediakan sebuah bas untuk kita sama sama menyertai Majlis pernilaian ini nanti.

Saya sangatlah bebesarhati dan mengharapkan tuan puan penduduk Sg Puteh agar dapat turut serta bagi sokongan moral. Bas di sedikan dan akan bertolak pada jam 12.00 tengshari. Makan tengahari disediakan

Kerjasama tuan puan sangat diharapkan dan saya dahului dengan ribuan terima kasih.

"KAMPUNG KITA TANGGUNGJAWAB KITA"

Pengerusi JKKKP
Haji Mohd Isa bin Mohd Saidi

Rabu, 19 April 2017

JABATAN PERHILITAN PASANG PERANGKAP MONYET LIAR

Hari ini (19hb April 2017) pihak Jabatan Perhilitan memasang sangkar untuk membantu penduduk memerangkap monyet, beruk dan lotong yang menganggu ketenteraman kampung .... ......sesiapa yang ingin bantu beri makanan kepada monyet di persilakan hantar terus ke sangkar........Lokasi di belakang rumah Pengerusi JKKKP.

(Laporan Tuan Haji Zamlee Pailan)

CERAMAH ISRAK MIKRAJ 1438H

Assalamualaikum

Dengan Segala Hormatnya dimaklumkan Surau Kampung Bukit Sungai Putih akan mengadakan CERAMAH ISRAK MIKRAJ pada Ketetapan Seperti Berikut :-

Tarikh : 22 APRIL 2017 (Sabtu)

Masa  : Selepas Solat  Magrib

Tempat : Surau Kampung Bukit Sungai Putih

Ceramah akan disampaikan oleh penceramah jemputan Ybhg Ustaz Mohd Shahrizan

Oleh yang demikian Dato/Datin/Tuan/Puan/Saudara/i adalah dijemput hadir dan menyertai Majlis Ilmu ini

Terima Kasih

PENGERUSI & SU JKKKP KBSP turun membantu mangsa tanah runtuh dan banjir lumpur kg sebelah Kg Tengah Ampang.

Image may contain: plantImage may contain: 1 person, standing, shoes, tree, outdoor and nature

Image may contain: 1 person, standingImage may contain: tree, outdoor and nature

Isnin, 17 April 2017

JEMPUTAN KE INFRA BANGI UNTUK MENYAKSIKAN PENILAIAN PERTANDINGAN ANUGERAH DESA PERDANA 2017