Selasa, 31 Mac 2015

BELIA GOTONG ROYONG BERSIH SURAU

 

Agak lama PBBAJians Xbuat social service, dengan meraikan kecemerlangan program yang berjalan serta tanda terima kasih PBBAJ terhadap kolaborasi bersama NGO, Jawatankuasa Kampung dan masyarakat setempat,PBBAJ kasi cuci bersih2 Tandas surau serta kawasan sekitar Surau..

Semoga Belia lebih mesra Surau hendaknya InShaAllah

Sumber: https://www.facebook.com/pbbaj

Belia bersihkan surau

Belia Anjur Kursus Jenazah Sabtu 28 Mac–Ahad 29 Mac 2015

 

Program Pengurusan jenazah ini merupakan kolaborasi antara GPMS Ampang , serta Official : Lembaga Tabung Haji ia juga mendapat kerjasama yang jitu daripada JKKK Surau Kampung Bukit Sungai Putih serta Masyarakat setempat..

Semoga kolaborasi ini menjadikan asas muafakat yang terbaik untuk masyarakat.

-TENTATIF PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH PBBAJ 2015-

SABTU 28/3

* 8.30PM - Pendaftaran peserta

9.00pm - Taklimat

9.15PM - Ceramah 1 (Hakikat kematian & Pengurusan Jenazah)

11.15PM - Minum Malam & bersurai

AHAD 29/3

* 8.15AM - Sarapan Pagi

* 8.5AM - Ceramah 2 (Memandikan & mengkafankan teori)

* 10.00AM - Minum Pagi

* 10.30AM - Ceramah 3 (memandikan & mengkafankan Praktikal)

* 12.30PM - Makan tengahari Solat Zohor

* 2.00PM - Ceramah 4 ( Solat jenazah & Mengebumikan jenazah)

* 3.00PM - Soal Jawab

* 4.00PM - Penutup /Minum Petang Solat Asar

Kursusu Jenazah

 

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH MENUTUP TIRAI -

Alhamdulillah.. menutup tirai sudah program bermanfaat buat belia PBBAJ dimana segala ilmu disampaikan dengan jayanya.. dari pengurusan sehinggalah ilmu pengebumian. Tahniah kepada graduasi Kursus pengurusan jenazah PBBAJ 2015

Semoga segala ilmu yang disampaikan dapat dimanfaat kepada orang ramai khususnya masyarakat kampung Bukit Sungai Putih.

Tahniah kepada AJK yang bertugas, sungguh professional

Jika ada sumur diladang, Bolehlah kita menumpang mandi
Jika ada umur yang panjang, Bolehlah kita berjumpa lagi

Kursus Jenazah

Sumber: https://www.facebook.com/pbbaj

Jumaat, 27 Mac 2015

BILIK GERAKAN GST DI TUBUHKAN

 

BILIK GERAKAN GST DI TUBUHKAN

Tel: 03-88826245 -
Hubungi bilik gerakan 'war room' jika terdapat aduan mengenai salah laku peniaga berkaitan GST.

Pengguna boleh membuat aduan melalui panggilan telefon & E-mel selain pasukan khas membuat pemantauan di media sosial.

Jumaat, 13 Mac 2015

AWAS….!!! Gejala Cinta Siber

CINTA SIBER.... siri cinta buta alaf baru... awasi keluarga dan anak berinternet.... mereka diam dibilik mungkin berkeliaran di MAYA...

Khamis, 12 Mac 2015

KONSEP PERCUKAIAN ISLAM: SATU TINJAUAN DARI SUDUT PELAKSANAAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST)

 

GST Logo

‪#‎Menjawab Hujah Mengatakan GST Haram‬ ‪#‎PerbetulkanFakta‬

Disediakan Oleh : Seksyen Muamalat, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

LATAR BELAKANG – Sistem percukaian adalah salah satu mekanisme untuk menjana kemakmuran ekonomi dalam sesebuah negara. Oleh yang demikian, salah satu sumber negara yang telah diamalkan hampir seluruh negara di dunia hingga ke hari ini ialah melalui konsep percukaian. Percukaian dalam pelbagai bentuk yang dirasakan sesuai akan dikenakan kepada rakyat jelata demi kepentingan mereka.

2. Dalam Islam, sesebuah kerajaan mempunyai hak untuk mengadakan dasar percukaian dalam memungut hasil kepada negara, asalkan dasar tersebut digubal menepati prinsip yang adil dan tidak membebankan individu rakyat (sektor swasta). Hak ini diasaskan kepada hadis Nabi SAW:

3. Mengikut Marghinani, jika sumber pendapatan negara tidak mencukupi, negara perlu memungut cukai daripada rakyat untuk membiayai kepentingan umum (al-Marghinani: 1996). Begitu juga pandangan Imam Abu Yusuf yang menjelaskan bahawa kadar cukai negara boleh menaik atau menurun mengikut kemampuan rakyat (Abu Yusof:1979).

4. Jika disingkap tentang sejarah percukaian dalam Islam, ia telah bermula sejak zaman Nabi Muhammad SAW apabila cukai yang dikenali sebagai jizyah telah diperkenalkan pada ketika itu. Jizyah merupakan cukai kepala yang dikenakan kepada golongan bukan Islam yang menetap di bawah pemerintahan Islam (al-Mausuah al-Fiqhiyyah: 2001). Dengan cukai jizyah, mereka berhak mendapat perlindungan dan penjagaan terhadap segala aspek sama ada harta, keluarga, darah dan sebagainya.

5. Pada zaman Umar al-Khattab pula, beliau telah mewujudkan cukai tanah (kharaj), cukai perdangangan (ushur) dan lain-lain cukai telah dikembang serta diselaraskan agar dapat memberikan dana yang mencukupi bagi pembangunan negara. Dalam konteks cukai tanah (kharaj), ia dikenakan ke atas tanah-tanah yang dibuka oleh orang Islam secara peperangan. Cukai kharaj mula dilaksanakan dengan meluas apabila Khalifah Umar al-Khattab berdasarkan ijtihadnya dan beliau telah mengarahkan supaya tanah yang diperolehi daripada hasil peperangan tidak lagi dibahagikan kepada tentera yang berperang secara ghanimah. Sebaliknya tanah tersebut dijadikan wakaf bagi kepentingan orang-orang Islam dan bukan Islam. (Abu Yusuf: 1952)

6. Pada asalnya, cukai bukanlah suatu perkara yang dibebankan secara berterusan kepada rakyat dan bukan sesuatu yang fardhu iaitu sama seperti kefardhuan zakat yang tanggungjawabnya secara berterusan dan dikeluarkan dengan kadar yang tetap setiap tahun. Sebaliknya, ia ialah satu pungutan yang diperlukan, sesuai dengan kehendak dan keperluan negara semasa serta selari dengan konsep siyasah syari’yyah yang digariskan oleh Islam.

ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

7. Cukai didefinisikan sebagai pungutan berbentuk wang oleh kerajaan terhadap individu dan organisasi yang berkaitan dengan negara untuk kegunaan negara secara langsung atau secara tidak langsung kepada pembayar cukai sebenar yang menerima beban cukai itu (Kamus Dewan: 2010).

8. Manakala cukai langsung ialah cukai yang dikenakan terhadap pembayar cukai secara langsung atau terus dan tidak boleh dipindahkan kepada orang lain. Contohnya ialah cukai pendapatan. Cukai tidak langsung ialah tanggungan beban cukai yang boleh dipindah oleh pembayar cukai kepada pihak ketiga atau penerima manfaat akhir terhadap barangan atau perkhidmatan itu. Contohnya cukai kastam, cukai jualan. (Wang Leng Whatt: 2013)

9. Terdapat pelbagai pandangan yang dikemukakan oleh ulama mengenai cukai antaranya:

a. Ibn Hazim
Ketika membahaskan tentang permasalahan cukai, beliau tidak menggunakan perkataan cukai (dharibah) tetapi menggunakan perkataan yang sama erti dengan cukai. Beliau telah menggunakan perkataan penet apan pemerintah dalam bentuk kewangan ke atas rakyat apabila berlaku sebab tertentu. (Ibn Hazim: 2003). Pandangan ini bersandarkan kepada dalil-dalil al-Quran, hadis dan pendapat sahabat.

b. Imam Haramain al-Juwaini
Penetapan pembayaran cukai mengikut Imam al-Haramain al-Juwaini adalah berdasarkan oleh ijmak ulama yang menyebut bahawa menjadi kewajipan pemerintah dalam mempertahankan daulah. Maka apabila baitulmal tidak mampu menampung perbelanjaan ketenteraan, maka pemerintah boleh mengenakan sistem pembayaran cukai ke atas mereka yang berkemampuan.

c. Imam al-Ghazali
Menurut Imam al-Ghazali di dalam kitabnya al-Mustasfa (al-Ghazali:1992), tidak harus dikenakan cukai ke atas rakyat jika sekiranya harta benda yang berada di tangan adalah mencukupi. Namun begitu, jika sekiranya unit ketenteraan Islam tidak memiliki wang yang cukup dan baitulmal tidak mampu menanggung perbelanjaan ketenteraan, maka harus kepada pemerintah mengenakan cukai kepada golongan yang kaya sekadar jumlah yang dapat menampung perbelanjaan ketenteraan. Pemerintah Islam harus memberi tanah kerajaan kepada tentera sebagai ganti cukai.
Oleh itu, penetapan cukai ke atas golongan yang kaya adalah mudharat yang lebih ringan jika dibandingkan dengan tentera yang meninggalkan tugas ketenteraan kerana mencari keperluan hidup.

d. Ibn Taimiyyah
Dalam membincangkan tentang keharusan sistem pembayaran cukai, Ibnu Taimiyyah (Ibn Taimiyyah: t.th): berdalilkan dengan qias aulawi di mana beliau berkata Jika sekiranya Allah mewajibkan ke atas para sahabat yang berjihad dengan harta dan jiwa raga mengeluarkan usyur dari hasil tanaman mereka, maka sepatutnya lebih diwajibkan ke atas golongan yang berkemampuan yang tidak keluar berjihad mengeluarkan kewangan untuk menampung perbelanjaan jihad (maslahah umum).

e. Al-Shatibi
Mengikut al-Shatibi (al-Shatibi: 2008), pengambilan cukai menjadi keharusan apabila pemerintah itu seorang yang adil dan membelanjakan harta tersebut pada jalan yang diharuskan syarak.

f. Ibn Khaldun
Mengikut Ibn Khaldun pula dalam karyanya al-Muqaddimah (Ibn Khaldun: 2010), beliau telah menggariskan dasar khusus dalam penggubalan percukaian sesebuah negara. Antara saranan yang dinyatakan beliau tentang dasar percukaian ialah:

"Apabila taksiran cukai dan kewajipan membayar cukai ke atas rakyat adalah sedikit, mereka mempunyai kesungguhan dan semangat untuk mengusahakan sesuatu. Budaya keusahawanan menjadi berkembang dan meningkat, sebab pengenaan cukai yang rendah itu mendorong kepada suatu kepuasan hati. Apabila budaya keusahawanan meningkat, jumlah kewajipan terhadap orang perseorangan dan taksiran cukai akan berlipat ganda. Sebagai akibatnya, hasil pendapatan cukai yang merupakan jumlah keseluruhan daripada (taksiran terhadap orang perseorangan) akan meningkat."

Daripada pandangan Ibn Khaldun ini, antara yang ditekankan dalam isu percukaian ialah pembentukan cukai terhadap rakyat hendaklah pada kadar yang rendah kerana ia akan merangsang semangat keusahawanan dan jika jumlah cukai perlu ditingkatkan, maka ia hendaklah pada kadar yang minimum.

Selain itu, pemerintah juga perlu sentiasa berwaspada agar kemewahan yang mengakibatkan perbelanjaan negara meningkat perlu sentiasa dikawal.

g. Ulama Kontemporari
Bagi ulama kontemporari seperti Dr. Yusuf al-Qaradawi, Sheikh Ali Muhyiddin Al-Qurrah Daghi, dan Syeikh Mahmud Syaltut, mereka berpendapat harus pengambilan cukai sebagai tambahan kepada zakat, sedekah, jizyah dan ushur bagi memastikan kerajaan dapat mengurus kemaslahatan ummah seperti membangunkan kebajikan rakyat, bayaran gaji pegawai-pegawai kerajaan dan penyediaan infrastuktur untuk kemudahan rakyat.
(Yusuf al-Qaradawi: 2000) Ini berasaskan kaedah fekah yang masyhur..

Info JKKKP

 

Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (Persekutuan) atau JKKK(P) merupakan jawatankuasa peringkat kampung yang dilantik oleh pihak kerajaan persekutuan bagi mentadbir, mengurus dan memajukan setiap kampung.

JKKK(P) adalah ejen pembangunan di peringkat akar umbi di dalam sistem pentadbiran kerajaan, yang juga bertindak sebagai penghubung di antara agensi-agensi kerajaan dengan rakyat dan bertanggungjawab menyebarkan maklumat berkaitan program-program kerajaan yang dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat. JKKK(P) merupakan unit pelaksana dasar-dasar kerajaan di peringkat yang paling hampir dengan rakyat, di samping menjadi ejen menyalurkan aspirasi rakyat kepada peringkat yang lebih tinggi.

Sebagai kumpulan yang paling hampir dengan masyarakat kampung, JKKK(P) bertanggungjawab di dalam mentabdir dan memajukan sesebuah kampung dan menjadi badan penggerak utama di dalam menggembleng sumber tenaga, pembangunan dan perubahan sikap masyarakat kampung ke arah membentuk warga desa yang berdaya maju serta inovatif.

Terdapat sebanyak 15,326 JKKK di seluruh negara (termasuk 3,187 JKKKP) yang dinaungi oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW).

Kini dengan wujudnya JKKK(P) Online, anda kini berpeluang untuk mengenali JKKK / JKKKP dengan lebih dekat dan ruang dibuka seluas-luasnya untuk anda turut serta memberikan idea, cadangan, komen dan maklumbalas demi manfaat kampung dan komuniti.

KAMPUNG KITA PERANG DENGGI

 

Denggi

 

IMG-20150310-WA0014