Jumaat, 18 Disember 2015

Kembara Haramain 2015 (Umrah) pada 18hb Disember 2015 Anjuran Belia KBSP (PBBAJ)

Rombongan seramai 70 orang penduduk KBSP, pergi mengerjakan ibadat umrah pada 18 12 2015 hingga 30 12 2015 moga moga mendapat haji yg mabrur....... aamiin aamiin....!!!!








Sila tonton Video

Sabtu, 14 November 2015

SUKANEKA 2015

Assalamualaikum kepada semua penduduk KBSP

Mari kita datang beramai untuk menjayakan hari sukaneka kawasan rukun tetangga Bkt Sg Puteh (KRT) bersama JKKKP dan KEMAS.

Tarikh . 15 11 2015
Hari. Ahad
Waktu. Jam 8.00 pagi - 12.00 tghari
Tempat. Dataran Belia Kg Bkt Sg Puteh

Acara ... pemeriksaan kesihatan oleh KOSPEN dan jabatan kesihatan hulu langat.

Sila war warkan kepada grup media sosial lain dan sampaikan kepada yg tiada dalm grup media sosial.

Terima kasih   ....

(Dari meja SU JKKKP Tuan Haji Zamlee Pailan)

Ahad, 1 November 2015

Menyambut kepulangan Pengerusi JKKKP dari menunaikan Haji musim 2015


Di KLIA - Menyambut kepulangan pengerusi JKKKP Tuan Haji Isa Saidin dan isteri Hajah Mahani Othman setelah menunaikan HAJI musim 2015 .
(Laporan SU JKKKP Tuan Haji Zamlee Pailan)


Selasa, 27 Oktober 2015

KUMPULAN MARHABAN VETERAN KAMPUNG BUKIT SUNGAI PUTEH

Marhaban berzanji di Majlis Perkahwinan anak En Mior Zainal Abidin 

GOTONG ROYONG/REWANG KHENDURI KAHWIN ANAK PEREMPUAN EN MIOR ZAINAL ABIDIN TANGGAL SABTU 24HB OKTOBER 2015






(Laporan oleh SU JKKKP Tuan Haji Zamlee Pailan)

PROGRAM GOTONG ROTONG MASAK BUBUR ASYURA

Program gotong royong " Masak Bubur Asyura" anjuran KRT,JKKKP,DGN KERJASAMA KOSPEN,KEMAS DAN JABATAN KESIHATAN ULU LANGAT PADA TANGGAL RABU 14HB OKTOBER 2015.

Venue: Terima kasih kepada En Riduan Mahmud dan En Ramlan Pin kerana menyediakan venue utk program ini..



Demo memasak oleh KEMAS

Pemeriksaan kesihatan oleh KOSPEN

Kempen Anti Denggi dan lain lain oleh Jabatan Kesihatan

Sebahagian dari peserta program





Bahagian pembungkusan

(Laporan: SU JKKKP Tuan Haji Zamlee Pailan)


Jumaat, 9 Oktober 2015

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT KAMPUNG 10hb OCT 2015





 MAKLUMAN 1

Assalammualaikum

Program "Hari Sukan Negara" peringkat negeri selangor akan diadakan spt berikut.

Senamrobik, zumba dan merentas desa

Tarikh: 10 10 2015/ sabtu
Waktu : 8.00 pagi - 12.00
Tempat: dataran belia kg bkt sg puteh

Anjuran: jkkkp, tadika kemas dan krt kg bukit sg puteh

Mari kita hadir beramai ramai

Makanan dan air disediakan

Mohon war warkan kepada semua sahabat.

(DARI MEJA SU JKKKP TUAN HJ ZAMLE PAILAN)


MAKLUMAN 2
Assalamualaikum, saya Haji Abdul Hamid sebagai setiausaha KRT Bukit Sg Puteh, menjemput semua penduduk untuk sama-sama memeriahkan sukanika yang diadakan anjuran bersama KRT, Tabika Kemas, JKKKP dan Kospen, pada

Tarikh : 10 Oktober 2015
Masa. : 8.00 pagi -12.00 setengahari.
Tempat,: Dataran Belia Bukit Sg Puteh.

Rabu, 22 Julai 2015

SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI 1 SYAWAL 1436H

 

PIHAK PENGERUSI JKKKP DAN AHLI AHLI JAWATAN KUASANYA MENGUCAPAKAN:

Image result for selamat hari raya

KEPADA SELURUH

WARGA KAMPUNG BUKIT SG PUTEH.

Program Takbir dari rumah ke rumah malam Hari Raya Eudil Fitri 1 hb Syawal 1436 bersamaan 17hb July 2015.

Program " baraan" atau TAKBIR dari rumah ke rumah malam raya  di ketuai oleh Tuan Imam Hj Ahmad Zaini bin Abdullah.... (Laporan Tuan Hj Zamlee) 
TAKBIR RUMAH KE RUMAH

MENGAPA ANDA MASIH MEROKOK?

Rokok Bahaya dan Haram

Sesungguhnya isu merokok adalah isu yang dipandang remeh oleh sesetengah orang tetapi sebenarnya besar kesan terhadap individu yang terbabit. Perlu dinyatakan ...di sini banyak akibat yang mudarat dan tidak baik berlaku kepada perokok dan orang sekelilingnya.

Antaranya pembaziran yang ketara yang melibatkan jutaan ringgit pada setiap tahun di peringkat negara di billion dollar pada peringkat dunia. Begitu juga dengan kematian kadarnya seperti 2014 menunjukkan hampir 6 juta kepada perokok dan juga yang berada di sekelilingnya kerana terkesan akibat asap rokok. Angka tersebut bertambah dari setahun ke setahun.

Sekali lagi suka saya pertegaskan bahawa pendapat yang paling kuat dan rajih bahawa merokok hukumnya haram. Saya nukilkan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang mengumpul sejumlah tokoh ulama’ dalam kitabnya Min Hady al-Islam Fatawa Mu’asirah 1/693-710 antaranya:

• Ulama Mesir: Syeikhul Islam Ahmad al-Sanhuri al-Buhuti al-Hanbali dan Syeikhul Malikiyyah Ibrahim al-Laqqani.

• Ulama Maghribi: Syeikh Abu Ghaith al-Qasyasyi al-Maliki

• Ulama Syam: Syeikh Najmuddin bin Badruddin bin Mufassir al-Qur’an al-Arabi al-Ghazzi al-Amiri al-Syafie

• Ulama Yaman: Syeikh Ibrahim bin Jam’an dan muridnya Syeikh Abu Bakar bin Ahdal

• Ulama al-Haramain: al-Muhaqqiq Abdul Malik al-Ishami dan muridnya Muhammad bin Allamah dan Sayyid Umar al-Basri

• Ulama Turki: Syeikh al-A’zham Muhammad al-Khawajah, Syeikh Isa al-Sahwah al-Hanafi, Syeikh Makki bin Faruh al-Makki dan Sayyid Sa’d al-Balkhi al-Madani.

Saya mengucapkan syabas kepada KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA yang bersungguh-sungguh melaksanakan Kempen Anti-Merokok dengan pelbagai cara telah diusahakan.

Justeru, amatlah penting semua pihak menggerakkan program anti-merokok di peringkat sekolah rendah lagi sehingga ke pada orang dewasa. Alangkah baiknya kita hidup dalam tahap kesihatan yang terbaik dan selamat daripada pembaziran yang mungkin boleh dimanfaatkan harta tersebut untuk pembangunan ummah. Semoga kita semua diberi kefahaman yang mendalam untuk mengelakkan daripada terjebak dengan aktiviti merokok.

Klik di sini untuk membaca dengan lanjut http://muftiwp.gov.my/index.php…


Sumber:
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

Ahad, 17 Mei 2015

Program Suntikan Demam Campak untuk anak anak KBSP


Program kerjasama JKKKP dan Kementerian Kesihatan Daerah Ulu Langat telah berlansung pada Ahad 17hb Mei 2015 untuk mengesan   anak anak yang belum bersuntik untuk di suntik.
PhotoGrid_1431830837330
 
(Foto dan Laporan: Tuan Haji Zamlee)

Ahad, 26 April 2015