Jumaat, 19 Disember 2014

Selamat Mengerjakan Ibadah Umrah

Jemputan ke Majlis Doa Selamat Pengerusi JKKKP

IMG-20141217-WA0030

Doa Khusus untuk Pengerusi dan Isteri yang akan berangkat ke Mekah pada 20hb Disember 2014 untuk mengerjakan Umrah.

Ya Allah selamatkan Tok Ketua,isteri dan rombongan beliau yang akan mengunjungi Baitullah untuk mengerjakan Umrah.

Ya Allah! Kami memohon supaya dimudahkan perjalanan mereka dan kurniakanlah mereka disepanjang perjalanan ini keselamatan tubuh badan, agama dan harta benda. Sampaikanlah maksud mereka mengerjakan umrah dan mengunjungi Maqam Nabi Muhammad s.a.w.

Ya Allah, Wahai Tuhan Kami! Lapangkanlah dada mereka, tutupilah keburukan mereka, ampunkanlah dosa kami dan dosa mereka, tenteramkanlah hati mereka dari ketakutan, sempurnakanlah amalan- amalan mereka dengan kebajikan, terimalah segala tempat-tempat ziarah mereka dan kembalikanlah mereka kepada keluarga mereka didalam keadaan selamat dan sejahtera, tidak kecewa dan tidak mendapat bala bencana.

Ya Allah! Engkaulah yang menjaga mereka didalam perjalanan dan Engkaulah juga yang menjaga ahli- ahli keluarga mereka serta harta benda mereka sepeninggalan mereka menyahut panggilanMu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah! Jadikan umrah mereka umrah yang diterima (iaitu umrah Mabrur), usaha yang dipuji, dosa yang diampun, amal soleh yang makbul dan berdagangan yang tidak rugi.

Aamiin....

Isnin, 15 Disember 2014

KEPUTUSAN ADS1M 2014 PERINGKAT NEGERI

Hari penyampaian hadiah untuk ADS1M peringkat daerah .... Kg Bukit Sg Putih telah muncul juara peringkat daerah ....

Pada pertandingan peringkat negeri kami tewas kepada Kg Ulu Chuchoh, Kg Sg Tengi dan Kg Air Tawar untuk duduk tangga ke-4.....

TAHNIAH……!!

1896930_845538038822179_6099308908693509911_n

1470047_845537965488853_5556309085977350311_n

10410101_845538528822130_7580819212689716155_n

Jumaat, 12 Disember 2014

ANAK ANAK BELIA KBSP DI BAWAH NGO PBBAJ SEDANG MELAKAR AKTIVITI YANG LEBIH BERDAYA UNTUK TAHUN 2015

MESYUARAT BERSAMA BIRO PBBAJ UNTUK PERANCANGAN PROGRAM TAHUN 2015-

Tahun 2014 bakal melabuhkan tirainya.. ini merupakan tahun keramat bagi PBBAJ dengan anjakan paradigma yang seluruh ahli kami rasakan. Pelbagai anugerah kami kecapi bukan untuk kami megahkan. Nikmat kebersamaan walau pelbagai rintangan yang kami hadapi merupakan satu anugerah tidak ternilai kami boleh ungkapkan.

Masa sungguh berharga dewasa ini, sebaik2 penggunaan masa adalah dirancang dan diteliti keberkesanannya. Pihak PBBAJ bersama Biro2 yang telah dipertanggungjawabkan untuk menggerakkan persatuan ini ke suatu tahap yang belum kami capai selama ini, Ini merupakan satu langkah bersistematik serta profesional yang diambil oleh pihak persatuan.

Pelbagai pihak terutama AJK Biro "Brainstorming" untuk program2 dimasa akan datang.. pelbagai manfaat juga akan diberikan kepada seluruh ahli berdaftar persatuan PBBAJ. Ini adalah hadiah bagi anda yang setia serta berusaha untuk persatuan.

Selasa, 9 Disember 2014

Anak jati KBSP di pilih sebagai Ahli Parlimen BeliaNegara

Setinggi tinggi TAHNIAH di ucapkan kepada YB Saudara Ismail Alias (anak jati Kampung kita) di atas Penerimaan watikah perlantikan sebagai AHLI PARLIMEN BELIA SELANGOR 2014.

Anak kg di lantik AP Belia

Sabtu, 6 Disember 2014

PERKHIDMATAN E KASIH UNTUK MASYARAKAT MISKIN

Khamis, 27 November 2014

RASULULLAH SAW MELARANG UMAT MENGUTUK SESAMA ISLAM

Yang dimaksudkan dengan mengutuk ialah mendoakan orang lain agar mendapat kecelakaan. Mengutuk ini adalah satu perbuatan yang terlarang kita lakukan sesama muslim. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud maksudnya: “ Mencaci orang Islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir.”

Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Mengutuk seorang mukmin itu seperti membunuhnya.” (Hadis Riwayat Jamaah selain Ibnu Majah, hadis riwayat Tsabit bin Adl-Dlahak)

Nabi SAW bersabda maksudnya : ” Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat seseorang nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya, ia kembali kepada orang yang dilaknat dan jika tidak boleh ia akan kembali kepada orang yang melaknatnya.”

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya ” Tidaklah para pelaknat itu dapat jadi penolong dan saksi di hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: ” Tidak patut seorang teman baik, mengutuk (temannya)”

(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: ” Seorang mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan yang suka menjolok jolok, bukan yang suka berbuat keji, dan bukan juga orang yang suka bercakap keji.”

Dari hadis hadis tersebut di atas telah diterangkan bahawa mengutuk sesama muslim itu termasuk perbuatan yang berdosa, kerana kutukan dan laknat itu menjadi hak ALLAH SWT sahaja, dalam menghukum setiap hambanya. Sehingga kita dilarang mengutuk kerana kegunaan kutukan itu mengharapkan supaya ALLAH SWT mencabut semua nikmat yang telah diberikan kepada hamba tersebut baik nikmat zahir maupun nikmat batin, supaya dia (orang yang dilaknat) tidak memperoleh nikmat dan anugerahNya. Oleh kerana itu Rasulullah SAW melarang perbuatan itu, bahkan menganjurkan sebaliknya iaitu supaya saling mendoakan sesama muslim agar mendapat nikmat dan kurnia dari ALLAH SWT.

Sumber: Blog Ustaz Wahab

RASULULLAH SAW MELARANG UMAT MENGUTUK SESAMA ISLAM:

Yang dimaksudkan dengan mengutuk ialah mendoakan orang lain agar mendapat kecelakaan. Mengutuk ini adalah satu perbuatan yang terlarang kita lakukan sesama muslim. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud maksudnya: “ Mencaci orang Islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir.”

Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Mengutuk seorang mukmin itu seperti membunuhnya.” (Hadis Riwayat Jamaah selain Ibnu Majah, hadis riwayat Tsabit bin Adl-Dlahak)

Nabi SAW  bersabda maksudnya : ” Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat seseorang nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya, ia kembali kepada orang yang dilaknat dan jika tidak boleh ia akan kembali kepada orang yang melaknatnya.”

(Hadis Riwayat  Abu Daud)

Rasulullah SAW  bersabda maksudnya  ” Tidaklah para pelaknat itu dapat jadi penolong dan saksi di hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Rasulullah SAW  bersabda maksudnya: ” Tidak patut seorang teman baik, mengutuk (temannya)”

(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW  bersabda maksudnya: ” Seorang mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan yang suka menjolok jolok, bukan yang suka berbuat keji, dan bukan juga orang yang suka bercakap keji.”

Dari hadis hadis tersebut di atas telah diterangkan bahawa mengutuk sesama muslim itu termasuk perbuatan yang berdosa, kerana kutukan dan laknat itu menjadi hak  ALLAH SWT sahaja, dalam menghukum setiap hambanya. Sehingga kita dilarang mengutuk kerana kegunaan kutukan itu mengharapkan supaya ALLAH SWT mencabut semua nikmat yang telah diberikan kepada hamba tersebut baik nikmat zahir maupun nikmat batin, supaya dia (orang yang dilaknat) tidak memperoleh nikmat dan anugerahNya. Oleh kerana itu Rasulullah SAW  melarang perbuatan itu, bahkan menganjurkan sebaliknya iaitu supaya saling mendoakan sesama muslim agar mendapat nikmat dan kurnia dari ALLAH SWT.

Sumber: https://fitrahislami.wordpress.com/2011/05/11/rasulullah-saw-melarang-umat-islam-mengutuk-sesama-islam/

Ahad, 23 November 2014

JEMPUTAN MESYUARAT DAN JAMUAN

As-salam...kepada JKKKP, KRT, UMNO, TABUNG KEBAJIKAN, KOSPEN, KELAB KESURA, dato, datin, haji, hajah, tuan dan puan dijemput hadir mesyuarat dan jamuan pada,

Tarikh: 26/11/2014
Masa : 8.30 malam

Tempat: rumah pengerusi JKKKP lot 214, Jalan Khalid Al Walid..

DIMINTA SEMUA HADIR..

TERIMA KASIH..........

Jumaat, 31 Oktober 2014

MEREKA TIDAK PERNAH BERJUANG MEREBUT KERUSI

Sifu Ku pernah menyebut:

Cara hidup salafus soleh walau dalam bidang apa sekalipun tetap dihiasi dengan akhlak yang mulia.Orang orang bukan Islam pun sangat mengkagumi mereka.Sebab itu ramai yang memeluk Islam hanya kerana melihat kebaikan akhlak mereka.Ini lah rahsia atau anak kunci kejayaan Rasulullah SAW dan para Sahabat untuk dapat menawan hati manusia.
Mereka tidak pernah berjuang merebut kerusi (jawatan atau kuasa) tetapi manusia memberi mereka kerusi kedudukan yang mulia.
Rasulullah SAW memberi petunjuk dan pengajaran bahawa untuk melaksanakan kebaikan, cara dan kaedahnya juga mesti baik.Tidak ada dalam Islam itu matlamatnya baik tetapi cara melaksanakannya kotor.Seseorang yang nak dakwah orang kepada kebaikan cara nya mesti baik.Bukan dengan sombong, mengungkit,memaki hamun dan mengaibkan orang yang kita nak dakwah.Seseorang yang hendak menegakkan kebenaran melalui politik kotor dan cara yang batil,yang di buat itu tidak lagi di anggap kebenaran.Bahkan ia di anggap kebatilan yang di sadur dengan kebenaran.
Orang yang mahukan matlamatnya saja baik tanpa menempuh cara cara atau perlaksanaan yang baik, yakni orang yang menggunakan matlamat untuk menghalalkan cara, mereka ini termasuk dalam apa yang di firman kan Allah mahfumnya:
"Jangan kamu mencampurkan yang hak dan yang batil." ( Al Baqarah: 42)
Yang hak itu agama Allah, yang batil itu ialah segala ideologi seperti demokrasi, liberalisme, pluralisme, LGBT,hak asasi ciptaan manusia dan sebagainya.Golongan ini seperti orang mahu ke destinasi dengan kereta,highway yang selamat (agama) sudah di sedia kan, tetapi tidak mahu ikut jalan itu, dia lebih percaya ikut melalui sawah padi.Betulkah dia dan selamatkah dia? Begitu lah tamsilannya orang orang yang menghalalkan cara.Apa saja bagi dia halal kerana dia kata matlamatnya baik..........
Wallahu a"alam.

Sumber: Fitrah Islami Online

Ahad, 26 Oktober 2014

7 Peringkat Zalim

“Tuhan (Allah) tidak menzalimi mereka itu (maksudnya manusia), tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri.” (Ar Rum: 9)

Ketika berbicara mengenai zalim, maka zalim itu berperingkat-peringkat. Tulisan ini akan membahas mengenai 7 peringkat zalim yang dilakukan oleh manusia.

1. Zalim dengan Tuhan.
Zalim dengan Tuhan merupakan penzaliman peringkat tertinggi, tak ada yang lebih tinggi. Apa erti zalim dengan Tuhan? Tidak kenal Tuhan atau syirik dengan Tuhan, tidak takut dengan Tuhan, tidak cinta dengan Tuhan, tidak peduli dengan Tuhan, hidup ini tidak dihubungkan dengan Tuhan.
Setiap hari kita zalim dengan Tuhan tetapi hal ini jarang terfikir oleh kita. Hidup kita sehari-hari tidak peduli Tuhan. Padahal, dalam Al Quran Allah berfirman: “iqra bismi rabbika” Bacalah atas nama Tuhanmu.

Jadi, ketika hendak melakukan apa saja buatlah atas nama Tuhan. Berjuang, membangun, berekonomi, mendidik, berbudaya, mengurus, dan lain lain mesti atas nama Tuhan. Ertinya, segala sesuatu yang kita lakukan mesti dikaitkan dengan Tuhan, mesti ada hubungan dengan Tuhan. Kalau tidak, kita telah melakukan penzaliman yang paling tinggi.

2. Zalim dengan Fisik Pemberian Tuhan
Melihat dengan mata mesti atas nama Tuhan. Mendengar, berbicara, bertindak, gunakan tangan, kaki mesti atas nama Tuhan. Ertinya, tindakan fisik kita selaras dengan kehendak Tuhan. Jangan sampai mata, telinga, mulut tangan, kaki mendurhakai Tuhan. Semua gerak gerik kita jangan bertentangan dengan kehendak Tuhan. Kalau berlaku kita melakukan penzaliman peringkat ke-2.

3. Zalim dengan Harta Karunia Tuhan.
Harta milik Tuhan, Tuhan bagi pada kita. Ada yang dapat sedikit, miskinlah dia. Ada pula yang mendapat banyak hingga menjadi jutawan. Harta yang Tuhan bagi kepada kita janganlah digunakan sedikitpun selain karena Tuhan. Mesti selaras dengan kehendak Tuhan. Sebab yang kita miliki itu milik Tuhan. Harta itu tidak boleh kita gunakan sesuka hati, mesti ikut cara Tunan, baik disebut zakat, sedekah, . Kalau tidak kita buat penzaliman yang ke-3.

4. Zalim kepada manusia lain.
Zalim kepada manusia lain seperti: memukul, mengata, menjatuhkan, mempermalukan dimuka umum, menghina, memfitnah, mencuri. Zalim yang ada hubungannya dengan manusia lain ini yang dibesarkan setiap hari. Zalim peringkat tertinggi sepi-sepi saja. Jenis yang kedua juga tidak pernah diperbincangkan, yang ke-3 juga kurang diperkatakan oleh orang. Tetapi, yang ke-4 ini yang sering dibicarakan orang.

“Tidak sepatutnya dia memukul saya”

“Mengapa dia menyebarkan fitnah mengenai saya”

Zalim jenis ini setiap hari dihebohkan. Sehingga, perkataan zalim sudah dipersempit maknanya.

5. Zalim dengan Jawatan
Jawatan ada bermacam-macam. Mungkin dia Menteri, Ketua Pengarah,Ketua Kampung, Ahli Parlimen, Wakil Rakyat dan lail lain.Jawatan jawatan ini kalau tidak jalankan selaras dengan kehendak Tuhan maka dia dikatakan zalim.

Zalim dengan jawatan ini juga selalu dibesar-besarkan orang. Hanay namapk Perdanan mneteri zalim, CEO zalim,Yang dilihat adalah jawatan yang besar-besar. Kalau jawatan jawatan yang dibawah, jarang disebut orang mengenai kezalimannya. Sekecil apapun jawatan, mesti selaras dengan kehendak Tuhan. Kalau tidak selaras dengan kehendak Tuhan, itulah zalim.

6. Zalim dengan ilmu.
Soal ilmu ini, ada yang dapat banyak ilmu ada pula yang dapat sedikit. Baik yang dapat banyak ilmu ataupun yang dapat sedikit ilmu, kalau ilmu tersebut digunakan bukan untuk Tuhantetapi untuk kepentingan diri, itulah zalim.

Di zaman ini orang banyak yang menyalahgunakan ilmu ( bahkan ILMU ISLAM ! ) bukan untuk Tuhan tapi untuk duit, kemegahan, nama, dan jawatan. Itulah zalim. Namun, tentu saja hal ini tidak pernah masuk surat khabar. Orang yang menggunakan ilmu untuk kepentingan diri tidak terfikir kalau dirinya zalim. Bahkan, saat ini orang yang megah dan sombong dengan ilmu tidak dikatakan zalim lagi. Bahkan orang menganggap dia memiliki wibawa. Sombong dengan ilmu, “hebat, orang ini memiliki ilmu”. Aneh sekali, durhaka dengan Tuhan dan hendak masuk neraka dikatakan memiliki wibawa?

7. Zalim dengan ruh/perasaan.
Hari ini, tidak ada orang yang menyebut-nyebut mengenai zalim jenis ini. Surat khabar, radio, TV juga tidak pernah menyebutkannya. Sepatutnya ruh atau perasaan kita adalah untuk Tuhan.
Hari ini apa yang orang rasa:

“aduh sakit, bila nak sihat?”

“sedihnya hidup miskin dan melarat, boleh nak kaya”

“Isteriku tidak sayang pada ku?”

Perasaan sepatut diberi pada Tuhan. Tapi perasaan sudah disalahgunakan, sedih karena sakit, susah karena miskin, susah karena isteri yang kurang menyayangi. Ini juga zalim. Sepatutnya perasaan sedih kita itu sedih dengan dosa-dosa kita. Perasaan susah kita itu karena kita tidak boleh menolong orang. Itu namanya menggunakan perasaan seperti kehendak Tuhan.

Zalim ini luas sekali maknanya. Sayang, orang hanya membesarkan yang no 4. Sebab tu ada ayat Qur’an yang maknanya,
Jangan engkau campakkan diri engkau dalam kebinasaan.” (Al Baqarah : 195)

Ayat ini ditujukan ditujukan kepada orang yang tidak mendermakan harta mereka. Orang yang tidak bersedekah artinya mencampak diri dalam Neraka, itulah zalim. Orang yang tidak berkorban harta dianggap zalim. Tapi zalim yang paling top adalah orang yang tidak kenal Allah, tidak takut Allah, tidak cinta Allah.

Kalau kita bahas, zalim peringkat teratas itu ada dalam diri kita. Kalau tidak selalu, sekali sekala kita buat juga kezaliman yang paling besar ini. Kalau orang faham zalim pada Tuhan begitu luas, ia tidak akan bergaduh. Walaupun orang zalim pada dia, dia tidak nampak kezaliman orang padanya itu, karena kita sendiri zalim pada Tuhan. Namun, karana yang besar tidak nampak nampak, yang nampak yang ke-4. Kezaliman jenis ini akhirnya yang dibesar-besarkan.

Sumber: Blog Fitrah Islami Online

Khamis, 23 Oktober 2014

Jangan cepat melabel buruk dan tuduhan berat kepada seseorang

Cari salah orang aje
Masyarakat kita perlu dididik agar TIDAK CEPAT menuduh seseorang yang berbeza dengannya dengan tuduhan yang berat seperti Kafir, Liberal, Syirik, Bid'ah, Wahhabi, Ahbash, Khawarij, Sesat, Mujassim, Munafiq, Hina Islam, Persenda hukum, cabar Allah swt, Hina Nabi s.a.w dan yang sepertinya TANPA punyai bukti jelas.

Malah jika ada bukti pun, masih sangat perlu meneliti konteks percakapan, perbuatan dan tulisan itu.

Bukan itu sahaja, malah perlu juga meneliti faktor kesilapan tidak sengaja seperti salah cetak, tersalah tulis, tersalah catat, media tersalah quote dan mungkin hasil kurang ilmu & kefahaman dan bukan sengaja ingin berniat jahat.

Kebodohan itu tidak aib jika mereka sanggup belajar TETAPI si bijak yang mencerca si bodoh itulah sangat aib.

Masyarakat yang mudah melabel dan menuduh dengan tuduhan berat pasti akan sentiasa hidup dalam stress. Hari ini kita boleh menuduh seseorang dan bergembira dengan 'label buruk' itu, kelak nanti pasti 'label buruk' yang lain pula menimpa kita..tatkala itu akan dirasakan pedihnya.

Sukar dibayangkan bagaimana seorang yang mengaku ilmuwan atau pendakwah ke arah Islam, kebenaran dna kebaikan tetapi sangat mudah membuat gelaran membenci, mengutuk, menghina. bagiaman mereka nak menarik mad'u kepada mereka dengan sifat itu???

Banyak sungguh dalil dalam hal ini, cuma tidak mahu memanjangkan status ini. Lihatlah ayat Al-Hujurat ayat 11. dan juga hadis nabi

Sahabat-sahabat yang dikasihi, Rasulullah bersabda :

ادرؤوا الحدود عن المسلمين ما استطعتم فإن كان له مخرج فخلوا سبيله , فإن الإمام أن يخطئ في العفو خير من أن يخطئ في العقوبة

Ertinya : Tolaklah (wahai hakim) pensabitan hukum hudud dari muslimin selagi kamu mampu, sekiranya di sana terdapat jalan keluar maka bebaskanlah dia, kerana sesungguhnya seorang pemimpin yang tersilap dalam memberikan kemaafan (tidak jatuh hukuman), LEBIH BAIK dari yang tersilap (dalam mengenakan hukuman kepada yang tidak bersalah)” (Riwayat Ibn Majah, kitab al-Hudud, no 5004, At-Tirmizi, kitab al-Hudud, no 1424)

Bayangkan tindakan Umar al-Khattab :

أتي عمر رضي الله عنه بامرأة قد حملت فادّعت أنها أكرهت فخلى سبيلها

Ertinya : Pernah dibawakan kepada Umar Al-Khattab seorang wanita yang mengandung tanpa nikah, wanita tersebut mendakwa ia dipaksa (dirogol) maka Umar terus membebaskan wanita terbabit (dari hukuman hudud) ( Riwayat Al-Baihaqi, 8/235)

Imam Ibn Qudamah pula menjelaskan terdapat yang mentakwilkan wanita tersebut hamil bukan disebabkan zina dan persetubuhan tetapi adalah disebabkan dimasukkan mani lelaki tersebut ke dalam kemaluannya. (Al-Mughni, 1/193)

Semuanya ini sepatutnya memberikan kefahaman kepada para ustaz/ah, ilmuan dan ramai agar jangan tergesa-gesa melabel, men‘cop’ dan menganggap seseorang yang berbeza pendapat dengannya.

Dr Zaharuddin Abd Rahman
Presiden MURSHID

Selasa, 14 Oktober 2014

Jangan Dinilai Seseorang Pada Zahir dan Luarannya (Satu Ikhtibar)

Pada suatu hari, Hasan Al-Basri pergi melawat Habib Ajmi, seorang sufi besar lain. Pada waktu solatnya, Hasan mendengar Ajmi banyak melafazkan bacaan solatnya dengan keliru. Oleh kerana itu, Hasan memutuskan untuk tidak solat berjamaah dengannya. Ia menganggap kurang pantaslah bagi dirinya untuk solat bersama orang yang tak boleh mengucapkan bacaan solat dengan benar.
Di malam harinya, Hasan Al-Basri bermimpi. Ia mendengar Allah berbicara kepadanya: "Hasan, jika saja kau berdiri di belakang Habib Ajmi dan menunaikan solatmu, kau akan memperoleh keredhaan-Ku, dan solat kamu itu akan memberimu manfaat yang jauh lebih besar daripada seluruh solat dalam hidupmu. Kau cuba mencari kesalahan dalam bacaan solatnya, tapi kau tak melihat kemurnian dan kesucian hatinya. Ketahuilah, Aku lebih menyukai hati yang tulus daripada pengucapan tajwid yang sempurna"

Di zaman sekarang ini sukar sekali kita mencari orang yang benar-benar mempunyai kriteria dekat kepada Allah. Sering kali mata kita tertipu oleh penampilan zahir. Orang dekat dengan Allah itu adalah para Aulia-Nya, para kekasih-Nya yang beribadah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah dan menuntun orang-orang menuju ke hadrat Allah. Seorang wali Allah dalam kehidupan sehari-hari boleh saja ber profesion sebagai seorang peniaga, petani, ulama' guru sekolah, dan lain-lain. Hanya orang yang diberi petunjuk oleh Allah yang boleh berjumpa dengan wali-Nya.

Mempunyai bacaan benar (tajwid) yang sempurna memang salah satu syarat sah seseorang menjadi imam dalam solat, akan tetapi yang lebih penting adalah bagaimana hati nya boleh terus menerus bersama Allah selama dalam solat. Ini hal yang sangat pokok, kerana seorang imam akan mempertanggung jawab kan amalan makmum nya di hadapan Allah SWT. Kalau imam sepanjang solat mengingat wanita-wanita cantik, mengenang harta, dan sejuta persoalan hidup, apakah pantas dijadikan sebagai imam?

Saya jadi teringat kisah Imam Al-Ghazali yang menjadi imam dalam solat Asar disebuah masjid, Beliau baru saja mengajarkan hukum thaharah bagi wanita yang haid. Tanpa disedari fikiran Beliau saat solat teringat kepada wanita yang sedang haid. Salah seorang yang menjadi makmum adalah adik kandung imam al-Ghazali.

Selepas selesai solat adik imam Al-Gazali menegur, "kenapa abang di rakaat kedua mengingat wanita yang lagi haid?"

Imam Al-Ghazali sangat terkejut, selaku orang yang sangat ahli dalam hukum Islam telah hapal Al-Qur'an dan ribuan hadis, telah berpuluh tahun menjadi imam baru sekarang mengetahui kekeliruannya selama ini.

Beliau berkata kepada adiknya, "Tajam sekali mata hati mu, mulai saat ini aku berguru kepada mu"
Imam Al-Ghazali yang terkenal akan ilmu syariatnya, perlu belajar lagi kepada adiknya yang ahli Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi, bagaimana menjadi seorang Imam yang sah, lalu bagaimana dengan imam-imam zaman sekarang yang hanya bergantung kefasihannya?

Bacaan tetap lah bacaan, hafalan tetap lah hafalan yang tersimpan dalam otak yang mempunyai dimensi rendah, seorang hamba baca tetaplah akan menjadi hamba baca kalau pengetahuannya tidak di upgrade.

Semoga tulisan ini menyedarkan kita semua, setelah kita fasih mengalunkan ayat Al-Qur'an tiba saatnya untuk men-fasih-kan hati dalam mengingati-Nya. Bagaimana caranya?
Surah An Nahl, Ayat 43

Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.

Dari: Blog Fitrah Islami Online (Ustaz Wahab)

Selasa, 7 Oktober 2014

PROGRAM KESIHATAN MATA

PROGRAM KESIHATAN MATA (OLEH PAKAR MATA)

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:

SU JKKKP TN HJ ZAMLEE PAILAN
TEL/SMS/WHATSAPP: +60166844527

Jumaat, 26 September 2014

SU KERJA JKKKP saudara Abdul Hamid tunai Haji

Pengerusi dan barisan kepimpinan JKKKP mengucapkan tahniah kepada Setia Usaha Kerja
Sdr Abdul Hamid Hassan serta Isteri Puan Som kerana akan berlepas untuk menunaikan fardhu Haji pada Jumaat 26hb September 2014 jam 3.15 petang melalui KLIA.

Kami memohon kepada Allah Taala supaya di mudahkan perjalanan mereka dan di kurniakan di sepanjang  ibadah Haji mereka keselamatan, keamanan dan kesejahteraan dan jadikan Haji mereka Haji yang di terima iaitu Haji Mabrur.Aamiin....!!

Puan Som berbaju Putih di KLIA

Sdr Abd Hamid

PERSIAPAN AKHIR UNTUK PERTANDINGAN ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1 MALAYSIA (ADS1M) PERINGKAT NEGER SELANGOR PADA 2HB OKTOBER 2014.

SURAT EDARAN: