Jumaat, 16 Januari 2015

Sambutan Maulidur Rasul KBSP tahun 2015 (1436H)


Sambutan Maulidur Rasul untuk tahun 2015 pada hari Ahad 11 01 2015 anjuran bersama Surau Bkt Sg Puteh.. JKKKP, JKKK dan penduduk KBSP…Tahniah Tahniah (Laporan SU Tuan Hj Zamlee)

Maulid 2015

 

maulid3 2015

maulid2 2015maulid 20151

Masih ramai orang Melayu yang masih tidur, terutama kelompok yang mimpikan Putra Jaya.

 

Melayu

Senario sudah berubah, orang Melayu bukan lagi dilihat sebagai kelompok digeruni. Kewujudan kumpulan-kumpulan tertentu yang kononnya memperjuangkan kebebasan dan kesamarataan atas nama demokrasi menyulitkan lagi keadaan.

Malangnya, mereka juga terdiri daripada orang Melayu dan sudah berasa nikmat hasil perjuangan orang Melayu, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Pengarang kanannya, Zulkiflee Bakar berkata, lebih buruk lagi apabila ada dalam kalangan pemimpin politik parti Melayu yang sepatutnya dalam apa keadaan mesti meletakkan kepentingan bangsa dan agama di hadapan.

Tambahnya, sememangnya demokrasi membenarkan mereka menyokong sesiapa sahaja dan demokrasi juga mengizinkan mereka menyebelahi mana-mana juga pihak, tetapi biarlah berpada-pada.

“Orang Melayu tidak perlu gundah gulana apatah lagi menuding jari menyalahkan orang lain jika ada pihak menyentuh sensitiviti mereka. Sebaliknya apa yang mereka perlu lakukan ialah bermuhasabah mencari punca kenapakah wujudnya keberanian luar biasa tersebut.

“Apa yang diminta daripada orang Melayu bukanlah bermusuh dengan kaum lain tetapi memastikan mereka berada dalam satu barisan mempertahankan hak dan kepentingan mereka. Bagaimanapun setakat ini semua itu sekadar mimpi yang masih belum kesampaian,” katanya menurut laporan akhbar tersebut.

Perbezaan politik, katanya, menjadi penghalang untuk menyatukan orang Melayu, kerana masih ada pihak yang tidak senang dengan saranan supaya UMNO dan PAS bekerjasama.

Malah, tambahnya, mereka membentangkan hujah memualkan sehingga dalam soal membantu mangsa banjir di Kelantan sekali pun awal-awal lagi ada pihak sudah memberi peringatan ia sekadar kerjasama antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat, bukannya kerjasama politik.

Katanya, apapun untuk ditafsirkan berhubung kerjasama berkenaan tetapi apa yang pasti majoriti orang Melayu menarik nafas lega apabila melihat Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed duduk semeja bersama Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaacob bagi membincangkan usaha memulihkan negeri itu yang ditimpa musibah banjir.

“Ramai orang Melayu sama ada yang mempunyai fahaman politik atau tidak mahukan penyatuan Melayu berlaku secara total. Bagi mereka, soal untuk berbalah dalam isu-isu politik adalah soal kedua dan ia hanya perlu difikirkan dalam musim pilihan raya, tetapi pada masa lain Melayu perlu bersatu,” ujarnya.

Selain itu, beliau yang turut menyentuh mengenai rasa fobia atau kebimbangan melampau kononnya jika berlaku penyatuan orang Melayu, sokongan politik kepada parti-parti induk Melayu akan tergugat atau kaum lain akan berasa takut, sedangkan sejarah negara membuktikan perpaduan kukuh dalam kalangan orang Melayu dan umat Islam menjadi teras keamanan dan keharmonian negara ini.

Beliau turut mengingatkan bahawa, usaha menyatukan orang Melayu akan menjadi bertambah sukar apabila ada dalam kalangan orang Melayu sendiri biarpun tidak mempunyai apa-apa fahaman politik begitu taksub mengkritik atau ada antaranya sampai ke tahap menghina pemimpin Melayu.

“Masih ramai orang Melayu masih ‘tidur’ terutamanya kelompok yang sentiasa ‘bermimpi’ untuk ‘menawan Putrajaya,’” katanya lalu menyambung, “Kelompok ini kalaupun ‘terkejut’ daripada ‘tidur’ tetap berada dalam dunia mimpi sebab itulah mereka menganggap satu mimpi ngeri jika ada usaha untuk menyatukan orang Melayu.” – FMT

Isnin, 12 Januari 2015

Saudara Muhammad Ismail bin Alias anak jati KBSP terpilih kejawatan Ahli Parlimen Belia.

 

AP Belia Muhammad Ismail

AP Belia

AP Belia sdr Ismail sedang beridang

AP Belia1

- PERSIDANGAN PARLIMEN BELIA -

Dimasa ini sedang berlakunya catatan sejarah serta kenangan manis buat persatuan dimana wakil PBBAJ yang juga Ahli Parlimen Belia negeri Selangor Saudara Ismail Bin Alias sedang membentangkan usul di persidangan Parlimen Belia 2015/2016,

Sebelum ini, persidangan ini dimulakan dengan Pra persidangan pada 30November - 3 Disember yang lalu, yang diadakan di Pusat Belia Antarabangsa(IYC), Cheras.

Sebanyak sembilan jawatankuasa diwujudkan iaitu Jawatankuasa Sosio Ekonomi, Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa dan Diplomatik, Jawatankuasa Keselamatan Undang-Undang & Integriti, Jawatankuasa Pendidikan & Kerjaya, Jawatankuasa Kerohanian dan Keagamaan, Jawatankuasa Kebudayaan, Sukan, Patriotisme & Integrasi, Jawatankuasa Prasarana, Pembangunan & Alam Sekitar, Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat dan Kesihatan serta Jawatankuasa Tekonologi & Inovasi

Saudara Ismail memegang profil sebagai jawatankuasa Kerohanian & Keagamaan selaras dengan identiti PBBAJ yang bersifat kerohanian berpersatuan. Hari ini persidangan masuk hari yang Ke2 di Parlimen Malaysia.. semoga dipermudahkan segala urusan, diberi kelancaran lisan, idea yang bernas serta berlapang dada.. agar suara-suara belia diluar sana dapat didengari oleh pihak atasan sekaligus memberi ruang yang besar buat barisan pelapis kepimpinan negara untuk berhujah.. siapa tahu dari Parlimen Belia ke Parlimen Negara??

Sumber: https://www.facebook.com/pbbaj

Sabtu, 3 Januari 2015

Misi bantuan banjir ke Pantai Timur

Foto: Mengalu alukan pemergian anak anak Belia KBSP ke misi bantuan banjir di Gua Musang pada 1.30 pagi tanggal 2hb Jan 2015



Menurut Pengerusi Belia sdr Saleh Mokhtaruddin, misi bantuan banjir kedua ke pantai timur akan berlepas dengan sebuah bas pada tanggal 23 hb Januari 2015.

Belia belia yang berminat untuk menyertai misi ini sila hubungi sdr Saleh @ Tel: 012 6145860.

Jumaat, 2 Januari 2015

BANTUAN DIPERLUKAN UNTUK MANGSA BANJIR




YA ALLAH AMAT SEDIKIT BANTUAN YANG DAPAT KAMI HULURKAN BERBANDING KEMUSNAHAN YANG DI TANGGUNG OLEH SAUDARA KAMI DI KAWASAN BANJIR.

WARGA KBSP SEKALIAN,

ANAK ANAK BELIA KITA MELALUI PBBAJ TELAH MENGAMBIL INISIATIF UNTUK MENGUMPUL BARANG KEPERLUAN SEPERTI PAKAIAN,MAKANAN DAN SEBAGAINYA UNTUK DI HULURKAN KEPADA MANGSA MANGSA BANJIR

TUAN TUAN BOLEH LAH HANTARKAN SUMBANGAN KE :


PUSAT KUTIPAN BANTUAN
DATARAN BELIA
KAMPUNG BUKIT SUNGAI PUTEH

TARIKH: MULAI 1 JANUARI – 9 JANUARI 2015

MASA: 8.30 pm – 11.30 pm (HARI KERJA)
              11.30 am – 11.30 pm (HARI AHAD DAN CUTI UMUM)


SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:
SDR MOHD SALEH MOKHTARUDDIN  @ TEL: 012 6145860
SDR MOHD ISA @ TEL: 017 2086500
SDR MOHD HAKIM @ TEL: 010 7047073

Sumbangan Banjir oleh Masyarakat kampung Bukit Sungai Putih

Sumbangan Banjir oleh Masyarakat kampung Bukit Sungai Putih