Selasa, 16 September 2014

Kenali calon PBBAJ dari KBSP untuk Parlimen Belia 2014





Mendokong cita-cita murni kerajaan demi melahirkan para belia yang dinamik, minda kelas pertama, menjadi suara generasi muda untuk pihak kerajaan, Pihak PBBAJ berbesar hati ingin memperkenalkan calon Parlimen Belia kami iaitu Saudara Muhd Ismail Alias .

Dilahirkan di Kuala Nerang, Kedah dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan KEM Sungaibesi dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas, anak muda ini merupakan seorang yang proaktif dan bergiat cergas dalam bidang yang diminatinya sejak kecil Pidato serta debat nasional selain bidang kesenian islam serta nasyid.

Lulusan Diploma Pentadbiran Awam UITM Shah Alam, beliau berusaha menimba ilmu berguna untuk dikongsi bersama.
Beliau menabur bakti dengan berkhidmat kepada masyarakat setempat serta pendidikan awal kanak-kanak. menjadi tempat rujuk kepada belia-belia khususnya, menjawat jawatan penting dalam pentadbiran setempat serta didalam parti politik, badan NGO beraspirasikan belia, serta menjadi jururunding bagi belia setempat dalam merealisasikan segala keinginan serta peluang yang ada,

Beliau juga mempunyai hubungan yang baik dengan beberapa tokoh tempatan terkenal disamping sifatnya yang ringkas, ceria serta zuhud tidak sombongkepada rakan2 belia yang lain menjadikan beliau senang untuk didampingi dan tempat rujuk bagi sesetengah isu masyarakat yang berbangkit , beliau juga antara pioneer selain pengerusi serta rakan senior lain berusaha mewujudkan 1 badan belia yang menaikkan bakat serta suara anak muda tempatan, Maka terhasillah persatuan NGo bernama PBBAJ

Bapa kepada 2 orang cahaya mata ini juga matang berbanding usianya, beliau tidak kekok berhadapan dengan kemelut setempat yang melanda, tenang dalam menghadapi segala macam masalah, ini menjadikan beliau disenangi penduduk-penduduk setempat. Beliau berusaha memartabatkan belia setempat dengan bantuan rakan-rakan lain, hasilnya Pihak PBBAJ memenangi anugerah Naib Johan Peringkat kebangsaan selain Johan peringkat negeri serta daerah. Beliau menjadi jurucakap bagi Pihak PBBAJ serta menjawat jawatan bendahari PBBAJ, beliau juga sering dijemput untuk menjadi moderator untuk program keagamaan, berucaptama dimajlis penting melibatkan pegawai tinggi kerajaan, ahli politik serta ViP, hasil bakat serta minat sejak kecil lagi berkenaan pengucapan awam dan pidato.

Beliau juga banyak memberi peluang2 terbaik kepada belia2 setempat, menjadi pemangkin pemikiran intelek tinggi kepada belia melalui kursus keusahawanan yang ditawarkan pihak kerajaan, skim pelaburan yang bermanfaat, serta berusaha menjadikan PBBAJ dari persatuan kerohanian bukan bersifat keuntungan kepada persatuan yang berpendapatan tinggi suatu hari nanti, In Sha Allah, beridolakan penceramah motivasi terkenal Dr Azizan pihak kami percaya Saudara Ismail boleh memberi serta berkongsi ilmu yang ditimba kepada belia diluar sana.

Oleh yang demikian, Pihak kami sudi berkongsi idea serta aset intelek kami kepada masyarakat dengan mencalonkan Saudara Ismail Alias sebagai wakil suara daripada akar umbi bukan sahaja dalam PBBAJ tetapi belia-belia diluar yang mempunyai idea bernas malangnya mempunyai kekangan tertentu. Inilah mediumnya..

Dengan ini, Sukacitanya ingin dimaklumkan bahawa Kami di pihak Admin PBBAJ memperkenalkan wajah calon bagi negeri selangor untuk Parlimen Belia Malaysia. Sekalung Tahniah atas pencalonan anda Saudara Ismail Alias semoga berjaya di atas pentas sana,

Kami di sini berdoa semoga anda dipermudahkan segala urusan, memperolehi kejayaan didunia dan akhirat serta dapat menaikkan martabat anak muda tempatan, Dan yang penting, membawa suara2 keramat kami serta isu2 Belia ke peringkat yang lebih tinggi agar dapat didengari oleh para pemimpin negara diperingkat nasional mahupun global.


Oleh : ZJHS
(https://www.facebook.com/pbbaj/photos/a.478251038883303.98273.196536997054710/768261743215563/?type=1&theater)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JKKKP Kampung Bukit Sungai Puteh tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui ruang komen ini.Ia adalah pandangan peribadi penulis komen dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.