Jumaat, 24 Jun 2016

Mesyuarat JKKKP ke 6/2016

Mesyuarat JKKKP ke 6/2016 diadakan pada Khamis 23hb Jun 2016 lepas solat terawih bertempat di Restoran Marisini dan bersantai makan durian bersama KRT.



(Laporan SU Tuan Haji Zamlee Pailan)

Ahad, 12 Jun 2016

PROGRAM BELIA DI ARENA ANTARABANGSA - MISI MENDAKI EVEREST TIBET-UTM (PBBAJ) 9 APRIL- 4 JUN 2016

- MISI EVEREST TIBET-UTM (PBBAJ) -
Jika dinilaikan keupayaan program besar sebegini menakluk 'Bumbung Dunia' adalah mustahil buat persatuan kami uruskan secara legal dan professional, tetapi jika diberi peluang secara peribadi untuk bersama-sama menjalankan misi itu merupakan suatu peluang yang sukar untuk dilepaskan dan bakal menjadi kenangan seumur hidup.
Itulah yang dirasakan oleh ahli persatuan kami Ahmad Fikry Abu Bakar, dimana beliau berpeluang bersama-sama tim Misi Everest Tibet- UTM bermula dari 9 April sehingga 4 Jun 2016. Pihak kami merasakan sungguh teruja dan bangga dengan pencapaian Saudara Fikry dimana beliau akan memikul peranan besar bertindak selaku pendaki sokongan serta media amnya yang akan merakamkan segala aksi pendakian serta pengalaman peserta misi. Pihak PBBAJ secara langsung memberi perhatian khusus dan menyokong penuh usaha dan semangat Saudara Fikry lantas menyalurkan pelbagai intensif dan sokongan dalam pelbagai bentuk.
Jika sebelum ini, Pihak UTM pernah menghantar delegasi misi mendaki puncak Everest sebanyak 2kali, tetapi faktor 'Mother Nature' selalunya menang didalam permainan ini, pelbagai aral yang mendatang memaksa tim ini menangguhkan misi mereka sebanyak 2 kali, untuk misi kali ini, Pihak UTM meletakkan sasaran baru dimana mereka akan mendaki Gunung Everest melalui route laluan di negara Tibet, China, bukan seperti kebiasaan Route pendaki melalui negara nepal Khatmandu, Laluan ini ternyata lebih sukar dan mencabar untuk didaki, Malah ini merupakan perang psychology yang harus mereka tempuhi untuk berjaya ke akhir puncak dunia ini. Seramai 5 orang peserta tim misi ini bergerak menuju ke Tibet pada 10 April yang lepas, Pihak PBBAJ berbesar hati bersama-sama pihak UTM menghantar delegasi misi ke balai berlepas lapangan terbang Antarabangsa KLIA. Pihak PBBAJ juga sempat beramah mesra bersama Pro Canselor UTM yang banyak mencetuskan idea dan memberi sokongan penuh pada misi kali ini iaitu Dr. Salleh Mohd Noor.
Kekangan bahasa, budaya, berlainan agama tidak menjadi masalah kepada tim pendaki Everest ini, mereka sudah diberi taklimat serta diberi latihan khusus untuk menangani permasalahan kecil ini, Fokus perhatian yang penuh apabila sesi mendaki bermula menjadi keutamaan bermula dari Base Camp tibet.
Pihak kami begitu teruja dengan pencapaian Saudara Fikry, untuk mendaki Gunung Everest yang terkenal dengan laluan maut cuaca yang buruk ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanankan, ia akan membawa anda kesatu tahap paling ekstrim dan maksimum didalam diri, keupayaan mental dan fizikal amatlah perlu diberi perhatian khusus, anda merupakan satu dalam sejuta mendapat peluang bersama-sama menjayakan misi Everest ini secara tidak langsung menjadi penanda aras serta idola kepada ahli didalam PBBAJ ini yang terkenal dengan aktiviti Outdoor serta Eco - friendly.
Tahniah Pihak PBBAJ ucapkan, Selamat maju jaya buat Tim Misi Everest ini, semoga memperolehi kejayaan serta selamat didalam mencapai misi pendakian, Stay safe, there's no failure, it's only unfinished success
Semoga Berjaya, sentiasa dibawah lindungan serta keberkatan Allah SWT hendaknya.





                    (Laporan Sdr  Zul John Helmi Smith)